3. PEGAWAI/PEN. PEGAWAI SISTEM KOMPUTER - 1 KEKOSONGAN
SEGERA!
Sila hantarkan resume anda dengan hanya PM atau emelkan kepada unitkomputer.kpypj@gmail.com .
Selasa, 2 Ogos 2011

Rabu, 6 Julai 2011





Selasa, 28 Jun 2011
Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) kehilangan seorang tokoh ikhtiar hidup yang dianggap lagenda dalam kelasnya tersendiri pada tanggal 27 Jun 2010 apabila Awi Mabot, 62, terkorban dalam nahas jalan raya di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang berdekatan Kem Khidmat Negara Padang Hijau, Kluang.
Bagi mengenang jasa dan pengorbanan Awi Mabot atau mesra dengan panggilan Pak Awi, satu Majlis Penghargaan dan Penyampaian Faedah Kematian Takaful Ikhlas kepada anggota keluarganya telah diadakan di kawasan Muara, Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ (PKPI), Sekakap, Mersing pada 24 Jun lalu.
Cek Faedah Kematian Takaful Ikhlas sebanyak RM45,979 itu telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Abdul `Alim Abd Shukor kepada balu mendiang Pak Awi, Seri Binti Tengki yang datang bersama beberapa anggota keluarganya.
Turut menyaksikan upcara tersebut Timbalan Pengurus Besar Akademik dan Pengantarabangsaan KPYPJ, Abdul Razak Mohd Saad dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan Bisnes KPYPJ, Sa’dullah Mohidin.
Majlis tersebut diadakan di kawasan muara PKPI yang indah diapit Laut China Selatan dan Sungai Jamaluang serta banyak meninggalkan kenangan dan nostalgia manis bagi Pak Awi sepanjang 36 tahun berkhidmat di PKPI. Di situlah mendiang kerap memberi ceramah dan tunjuk ajar kepada para pelatih PKPI baik bagi tujuan ikhtiar hidup, aktiviti merentas hutan dan paya mahupun disiplin air seperti kanu.
Pada Majlis itu juga Timbalan Pengarah PKPI, Mohd Nordin Salleh dalam ucapannya mencadangkan agar kawasan Muara PKPI itu dinamakan sebagai Muara Awi Mabot sebagai penghargaan kepada jasa dan pengorbanan besar mendiang kepada pembangunan PKPI selama ini.
Selasa, 21 Jun 2011
Burung Enggang Kelingking ini ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Anthracoceros albirostris convexus. Burung ini membiak dengan bertelur. Telur Burung Enggang Kelingking bercengkerang keras. (Sumber Wikipedia, ensiklopedia bebas)