Pengikut

Rabu, 2 Mac 2011

Serahan Zakat Kepada Pelajar KPYPJ

Rabu, 2 Mac 2011
Pada 25 Februari yang lalu seramai sembilan pelajar miskin KPYPJ telah menerima bantuan zakat Bank Islam (M) Berhad (BIMB) sebanyak RM5000.00. Timb. Pengurus Besar (Akademik & Pembangunan Bisnes) KPYPJ, Abdul Razak Bin Saad telah menyampaikan bantuan zakat tersebut sebanyak RM555.55 setiap orang pelajar. Majlis tersebut diadakan sejurus selepas Program Membudayan Quran yang diadakan setiap hari Jumaat.

Pelajar-pelajar yang terpilih adalah seperti berikut:

Hamidah Abu Yamin
Muhamad Syafiq Karim
Norhidayah Hashim Wong
Mediayati Nurman
Nur Liyana Zahari
Mohd Hasry Bin Mat Sim
Mohd Fadhil Mohamad Risffian
Hamizah Mohamad Fuad
Siti Salina Shamsuddin
Pelajar yang dipilih ini adalah di kalangan pelajar miskin yang merupakan anak yatim, mempunyai adik beradik yang ramai, bapa bekerja sebagai buruh kasar dan yang penting adalah minat belajar yang tinggi.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada BIMB di atas sumbangan tersebut. Semoga BIMB akan menjadi contoh kepada sektor korporat yang lain.

Sekitar majlis tersebut:
Ucapan aluan oleh En. Omar (Pengarah HEP)
Antara staf lelaki KPYPJ
Antara staf wanita KPYPJ
Jamuan minum pagi bersama wakil media (NST)

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails