Pengikut

Selasa, 21 Julai 2009

Sukan IPTS Zon Selatan, Johor Bahru, 14-16 Julai 2009

Selasa, 21 Julai 2009


KPYPJ telah menjadi tuan rumah kejohanan sukan IPTS zon selatan ini yang bermula dari 14 hingga 16 Julai 2009 di Kompleks Sukan UTM, Johor Bahru , Johor. MMU mengungguli kejohanan berkenaan apabila muncul juara dalam tiga daripada lima acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dimenangi ialah badminton, bolatampar lelaki dan wanita.



Sementara, Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) selaku tuan rumah kejohanan kali ini berada di tempat kedua apabila menjuarai kategori futsal dan naib juara dalam acara badminton. Acara bolajaring pula diungguli oleh Kolej INSTEADT Bandar Penawar yang mengalahkan Kolej Yayasan Melaka (KYM) dalam pertandingan akhir.




Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan IPTS Malaysia Zon Selatan 2009, Dr, Sa’ari Md Nooh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.



Kejohanan sukan tiga hari bermula 14 Julai lalu menyaksikan 400 atlet dari sepuluh buah IPTS Zon Selatan bertanding dalam lima kategori sukan iaitu futsal, bolatampar lelaki, bolatampar wanita, badminton dan bola jaring.

0 ulasan

Rabu, 8 Julai 2009

Tadika Hikmah YPJ Tampoi Utama Johan!

Rabu, 8 Julai 2009
Sukan Tadika Hikmah YPJ kali ke-11 telah diadakan di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru pada 5 Julai yang lepas. Sukan tahunan ini telah disertai oleh 5 Tadika Hikmah YPJ iaitu Saujana, Tampoi Utama, Larkin, Pontian & Kota Tinggi. Pelbagai acara telah berlangsung mengikut kategori umur 3 hinggalah 6 tahun.






Tahun ini Tadika Hikmah YPJ Tampoi Utama telah menjadi johan keseluruhan mengalahkan johan tahun lalu iaitu Tadika Hikmah YPJ Larkin. Selain acara sukan kanak-kanak, ibu bapa juga berpeluang bersukan bersama anak-anak mereka dalam suasana yang meriah.


0 ulasan

Khamis, 2 Julai 2009

Sukan Tahunan Tadika Hikmah Hujung Minggu Ini!

Khamis, 2 Julai 2009
Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ kali ke-11 akan diadakan pada 5 Julai ini. Sukan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Jalan Bukit Mutiara, Johor Bahru bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti perbarisan, senamrobik & acara sukan. Sukan tahunan ini bakal dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md Nooh dan akan disertai oleh 6 buah Tadika Hikmah YPJ seluruh negeri Johor.

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails