Pengikut

Isnin, 9 November 2009

HQ Club KPYPJ Family Day 2009, Johor Bahru

Isnin, 9 November 2009
Seperti yang dijangka program ini telah berlangsung dengan meriah sekali dibantu dengan cuaca yang baik. Program telah berlangsung di Hutan Bandar MBJBT, Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor pada Sabtu, & November lalu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam program ini iaitu Biro Sukan HQ Club, AJK Majlis, urusetia, pengadil, penaja dan semua peserta. Semoga acara seperti ini akan diadakan lagi bagi merapatkan ukhwah antara staf-staf di KPYPJ.









Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna & acara keluarga.

0 ulasan

Isnin, 2 November 2009

AKAN DATANG...

Isnin, 2 November 2009




0 ulasan

Isnin, 26 Oktober 2009

Lawatan IHYPJ ke Sekolah Kanak-Kanak Istimewa

Isnin, 26 Oktober 2009

14 Oktober 2009 - Seramai 40 orang ahli Kelab Perhotelan, IHYPJ mengadakan lawatan ke Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru. Lawatan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang realiti kehidupan diluar kolej.

Diambil dari BLOG IHYPJ

0 ulasan

Selasa, 15 September 2009

Sekitar Majlis Berbuka Puasa KPYPJ 2009

Selasa, 15 September 2009
Seramai lebih kurang 600 staf, keluarga & pelajar telah menghadiri majlis ini.












0 ulasan

Khamis, 3 September 2009

Majlis Berbuka Puasa KPYPJ, 10 September 2009

Khamis, 3 September 2009
*klik gambar untuk besarkan

Majlis berbuka puasa peringkat KPYPJ akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 10 September 2009 (Khamis)
Waktu : 6-9 Malam
Tempat : Dataran IHYPJ

Bersama-sama kita memeriahkan majlis ini!

0 ulasan

Selasa, 11 Ogos 2009

Konvokesyen KPYPJ Ke-12, 8 Ogos 2009

Selasa, 11 Ogos 2009
Bertempat di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. KPYPJ mengucapkan tahniah kepada semua graduan dan semoga terus cemerlang dalam bidang yang akan diceburi. Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis.











Tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Awatif Abdul Rahim dari Institut Hospitaliti YPJ kerana diistiharkan sebagai pemenang anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor di atas pencapaian cemerlang keseluruhan dalam Konvokesyen kali ini.


0 ulasan

Selasa, 21 Julai 2009

Sukan IPTS Zon Selatan, Johor Bahru, 14-16 Julai 2009

Selasa, 21 Julai 2009


KPYPJ telah menjadi tuan rumah kejohanan sukan IPTS zon selatan ini yang bermula dari 14 hingga 16 Julai 2009 di Kompleks Sukan UTM, Johor Bahru , Johor. MMU mengungguli kejohanan berkenaan apabila muncul juara dalam tiga daripada lima acara yang dipertandingkan. Acara-acara yang dimenangi ialah badminton, bolatampar lelaki dan wanita.



Sementara, Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) selaku tuan rumah kejohanan kali ini berada di tempat kedua apabila menjuarai kategori futsal dan naib juara dalam acara badminton. Acara bolajaring pula diungguli oleh Kolej INSTEADT Bandar Penawar yang mengalahkan Kolej Yayasan Melaka (KYM) dalam pertandingan akhir.




Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan IPTS Malaysia Zon Selatan 2009, Dr, Sa’ari Md Nooh yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ.



Kejohanan sukan tiga hari bermula 14 Julai lalu menyaksikan 400 atlet dari sepuluh buah IPTS Zon Selatan bertanding dalam lima kategori sukan iaitu futsal, bolatampar lelaki, bolatampar wanita, badminton dan bola jaring.

0 ulasan

Rabu, 8 Julai 2009

Tadika Hikmah YPJ Tampoi Utama Johan!

Rabu, 8 Julai 2009
Sukan Tadika Hikmah YPJ kali ke-11 telah diadakan di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru pada 5 Julai yang lepas. Sukan tahunan ini telah disertai oleh 5 Tadika Hikmah YPJ iaitu Saujana, Tampoi Utama, Larkin, Pontian & Kota Tinggi. Pelbagai acara telah berlangsung mengikut kategori umur 3 hinggalah 6 tahun.






Tahun ini Tadika Hikmah YPJ Tampoi Utama telah menjadi johan keseluruhan mengalahkan johan tahun lalu iaitu Tadika Hikmah YPJ Larkin. Selain acara sukan kanak-kanak, ibu bapa juga berpeluang bersukan bersama anak-anak mereka dalam suasana yang meriah.


0 ulasan

Khamis, 2 Julai 2009

Sukan Tahunan Tadika Hikmah Hujung Minggu Ini!

Khamis, 2 Julai 2009
Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ kali ke-11 akan diadakan pada 5 Julai ini. Sukan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Jalan Bukit Mutiara, Johor Bahru bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti perbarisan, senamrobik & acara sukan. Sukan tahunan ini bakal dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md Nooh dan akan disertai oleh 6 buah Tadika Hikmah YPJ seluruh negeri Johor.

0 ulasan

Isnin, 15 Jun 2009

KPYPJ Bersama Media Di PKPI

Isnin, 15 Jun 2009
Program 2 hari 1 malam ini telah diadakan pada 10 & 11 Jun yang lepas. Program ini bertujuan untuk meraikan para Media dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai KPYPJ. Ia telah disertai oleh 20 orang wakil media dari pelbagai bahagian seperti RTM, Berita Harian, Kosmo dan sebagainya. Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program tersebut seperti pertandingan Air-Soft, berakit, flying fox & jungle trekking.

Pendaftaran peserta...

Majlis perasmian...

Gimik perasmian memukul loceng keramat PKPI

Mengenal khasiat tumbuhan-tumbuhan hutan

Jungle Trekking

Pertandingan menembak Air-Soft

Menembak telur...

Night navigation...

Media menemuramah Pak Awi di malam bbq

Acara berakit


Gambar kenangan beramai-ramai...

Mencuba flying fox...



0 ulasan
Related Posts with Thumbnails