Pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

Koir Merdeka IHYPJ @ Bandar Johor Bahru

Selasa, 10 Ogos 2010
Pada 9 Ogos 2010 bermula jam 9.00 malam seramai 50 orang pelajar IHYPJ yang diiringi oleh 30 pegawai tertinggi KPYPJ termasuk En. Abdul A'lim Bin Abd. Shukor, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ telah menjalankan acara kegemaran ramai iaitu menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak beramai-ramai di seluruh bandar Johor Bahru malam tadi. Program kali ini tertumpu di Segget Walk, Johor Bahru. Walaupun pada mulanya pengunjung di Segget Walk ini hairan dengan kehadiran pasukan koir ini, akhirnya mereka juga turut terhibur dengan kehadiran pasukan koir ini. Sambil menyanyikan lagu patriotik seperi Satu Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, pasukan ini juga mengedarkan bendera kepada orang ramai. Program ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pasca merdeka. Dengan muncul di khalayak ramai dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tersebut pastinya memberikan kesan kepada pelajar-pelajar ini.



























0 ulasan

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Bertempat di Dewan Besar Kolej Islam Johor, pada 30 Julai yang lalu berlangsungnya satu majlis Serahan Tugas Sempena Pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ di antara Dr. Sa'ari Md. Nooh & En. Abdul 'Alim Bin Abd. Shukor. Majlis dihadiri oleh semua warga kerja KPYPJ seluruh negeri Johor & juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar Kolej Islam Johor sendiri.
Dr. Sa'ari yang memulakan tugasnya sebagai Pengarah di Jabatan Pelancongan Negeri Johor pada awal Ogos 2010 nanti merupakan merupakan seorang pemimpin yang amat baik, peramah, mengambil berat kebajikan staf & pelbagai usaha beliau yang telah dilaksanakan untuk memajukan dan menaikkan nama KPYPJ sebagai antara sebuah institusi pendidikan yang cemerlang di selatan tanahair.

Manakala pengganti Dr. Sa'ari, En. Abdul 'Alim B. Abd. Shukor sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor. Beliau akan pula selepas ini akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan pembangunan fizikal institusi pengajian itu untuk menarik kemasukan lebih ramai lepasan sekolah ke KPYPJ.

Backdrop Dewan oleh Bahagian Korporat
Menandatangani dokumen serah tugas


Antara wakil-wakil kolej, jabatan & bahagian yang menyampaikan cenderamata:


Dari Bahagian Kewangan KPYPJ

Cenderamata dari Bhgn. Akademik
Dari Jabatan Pembagunan Kemahiran

Dari Kolej Komuniti Johor Bahru
Cenderamata dari Tadika Hikmah YPJ

Kenangan untuk rumah baru oleh KK Kota Tinggi

Kenangan dari Bhgn. Bisnes


Yang hilang berganti..


Kredit (gambar): Nizam Sidek


Semoga KPYPJ akan lebih maju, kompetetif dan terunggul di selatan tanahair.

0 ulasan

Selasa, 3 Ogos 2010

Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12

Selasa, 3 Ogos 2010
Pada 31 Julai 2010 yang lalu telah berlangsung Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12 di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru. Program telah dirasmikan oleh Mantan CEO KPYPJ, Dr. Sa'ari Bin Md. Nooh. Sukan tersebut telah disertai oleh 7 cawangan Tadika Hikmah YPJ seluruh Johor termasuk 2 rakan kerjasama (francais) iaitu Tadika Hikmah Kota Masai & Kangkar Pulai.
Rumah-rumah pasukan terdiri daripada:-

Rumah Biru : TH Kota Tinggi
Rumah Ungu : TH Pontian
Rumah Oren : TH Tampoi Utama
Rumah Hijau : TH Muar
Rumah Merah : TH Larkin Jaya
Rumah Kuning : TH Saujana
Rumah Merah Jambu : TH Kangkar Pulai & Kota Masai
Antara sukan-sukan yang dipertandingkan ialah Bolaku Sayang, Cari Harta Karun, Larian Baton, Fruit Puzzle, Telematch berpasukan, Masukkan gelung dalam kon, Padankan nombor dengan bilangan, Padankan perkataan dengan gambar, Mari mengira, Permaisuriku, Jalan-jalan Cari Makan & Mutiara Hati.
Keputusan Akhir:
Juara Keseluruhan : TH Muar (Pasukan Hijau)

Juara Perbarisan : TH Muar (Pasukan Hijau) dengan tema Ketenteraan.

Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan:
Para jemputan & ibubapa
Gerai Biro Wanita HQ Club
Ketua Biro Wanita pening sebab baru jam 9.00 jualan nak habis. Kene tambah ni..
Antara hadiah yang ditawarkan.
Perasmian oleh Dr.Sa'ari Md. Nooh
En.Husaini menyampaikan cenderahati kepada Dr. Sa'ari Md. Nooh
Ni dia juara keseluruhan & juga perbarisan dengan temanya "Ketenteraan"
Juara Perbarisan
Kredit (Gambar) : Erin

0 ulasan

Isnin, 2 Ogos 2010

Malam Aspresiasi CEO KPYPJ

Isnin, 2 Ogos 2010
Pada 27 Julai 2010 yang lalu bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru telah berlangsung Majlis Aspresiasi Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Sa'ari Bin Md. Nooh sempena pertukaran beliau ke Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor berkuatkuasa 02 Ogos 2010. Majlis diadakan bertujuan memperingati dan menghargai segala jasa yang telah dicurahkan & kenangan-kenangan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di KPYPJ. Beliau adalah di antara CEO yang paling lama menerajui KPYPJ iaitu selama 3 tahun setengah. Antara gambar-gambar kenangan di majlis tersebut:

Ketibaan CEO KPYPJ, Dr. Sa'ari Bin Md. Nooh

Dr. Sa'ari bersama CEO baru KPYPJ, En. Abdul 'Alim Bin Abd. Shukor

Ucapan Dr. Sa'ari Bin Md. Noh



Antara pihak pengurusan & staf yang hadir

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar, En. Sa'dullah Mohidin
Gambar kenangan CEO baru & lama bersama staf yang hadir


Kredit (Gambar) : Nizam Sidek

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails