Pengikut

Mengenai KPYPJ

Latar Belakang
Kumpulan PendidikanYPJ adalah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Johor di bawah Yayasan Pelajaran Johor. Ia telah ditubuhkan pada 3 Mac 1996 dengan nama awalnya Ilham Ikhlas Sdn.Bhd. Pada Jun 1997 nama Ilham Ikhlas telah ditukar kepada Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ)..

Visi
Untuk menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi yang cemerlang dalam melahirkan tenaga kerja mahir berketerampilan dan berdaya saing demi kesejahteraan sejagat.

Misi
Membentuk masyarakat profesional dan teknokrat yang kompetan, berketrampilan, berakhlak dan bertanggungjawab melalui kecemerlangan program pendidikan dan pembangunan sumber manusia berterusan dengan pakatan strategik berteraskan pasaran untuk pembangunan ummah.

Objektif
Misi KPYPJ dimanifestasikan melalui objetif KPYPJ iaitu meningkatkan kualiti dan kuantiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan denga menyediakan peluang altenatif utama pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalm bidang akademik dan kemahiran untuk keperluan negra. Secara spesifik, objektif KPYPJ ialah:

Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan luar negara;

Menjalankan program-program kemahiran dan teknikal di peringkat sijil dan diploma dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan oleh industri melalui kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pihak-pihak lain;

Mewujudkan kemudahan pembelajaran dan latihan terbaik, berkualiti, berkesan lagi kondusif;

Melahirkan graduan/tenaga kerja yang kompeten, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Related Posts with Thumbnails