Pengikut

Rabu, 22 Disember 2010

Terima Kasih Atas Semua Kerjasama

Rabu, 22 Disember 2010


0 ulasan

Isnin, 13 Disember 2010

Majlis Pecah Tanah Kampus Induk KPYPJ

Isnin, 13 Disember 2010

JOHOR BAHRU 11 Dis. Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Kampus Induk Kumpulan Pendidikan YPJ di KM 16 Jalan Kulai-Kota Tinggi sempena lawatan kerjanya ke kawasan Parlimen Tenggara.

Majlis yang menyaksikan kampus induk yang bernilai RM52.6 juta akan dibina di tanah seluas 100 ekar milik YPJ Holdings melalui 2 fasa pembangunan di mana fasa pertama dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Apabila siap, kampus KPYPJ akan dilengkapi dengan kemudahan seperti IPTA/IPTS yang lain seperti dewan kuliah, dewan senat, dewan serbaguna, studio, kafeteria serta kemudahan riadah untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti ko-kurikulum.

Kampus yang boleh memuatkan 2,500 orang pelajar ini juga bakal dilengkapi kemudahan sebuah hotel yang akan dikendalikan Jabatan Kulinari & Perhotelan KPYPJ bagi tujuan operasi dan juga latihan pelajar-pelajar program berkenaan.

Konsep pembangunan berteraskan integrasi dan Day Night Atrium yang menghimpunkan elemen pembelajaran, riadah dan santai mampu menghidupkan suasana keceriaan kampus siang dan malam khususnya kepada para pelajar.

Rekabentuk kampus yang berteraskan sehelai daun dengan kedudukannya menghadap kiblat menambahkan lagi keunikan dan keterampilan kampus ini di mana secara perlambangannya, sehelai daun akan bercambah melalui ranting dan dahan, begitulah juga dengan kampus KPYPJ yang akan turut berkembang.

Tahniah!


Lihat lagi gambar-gambar @ http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=42901&id=169175226444274 . Kredit: mohdlokmanphotography @ Facebook


0 ulasan

Khamis, 9 Disember 2010

Jawatan Kosong di KPYPJ

Khamis, 9 Disember 2010
PENSYARAH

Tawaran kekosongan dalam bidang Akademik seperti berikut:

1. Pengurusan Perhotelan
2. Pengurusan & Penyediaan Makanan (Kulinari)

Syarat Permohonan:

- Ijazah Sarjana/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman mengajar di mana-mana IPTA/IPTS yang diiktiraf.

Cara Memohon:

Hantarkan permohonan & keterangan diri (resume) kepada:

Timbalan Pengurus Besar
Jabatan Pentadbiran, Sumber Manusia & Korporat
Kumpulan Pendidikan YPJ
Aras 2, Wisma YPJ Holdings, No. 5, Jalan Seri Perkasa 1/3
Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor.

(U.P: En. Ahmad Izham)

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Disember 2010

0 ulasan

Rabu, 29 September 2010

Makluman Majlis Konvokesyen Ke-13 KPYPJ

Rabu, 29 September 2010
Majlis Konvokesyen KPYPJ pada tahun ini akan diadakan pada Sabtu, 2 Oktober 2010 di Dewan Kompleks Islam Iskandar, Johor Bahru.
Berikut adalah beberapa maklumat penting untuk para graduan yang akan mengikuti majlis tersebut:
1. Pengambilan jubah pada 1 Oktober 2010, Jumaat di Dewan Kompleks Islam Iskandar pada jam 9.00 pagi.
2. Pendaftaran majlis konvokesyen pada 2 Oktober 2010, Sabtu seawal jam 7.00 pagi.
3. Majlis Malam Pra Graduan akan diadakan pada 1 Oktober 2010, Jumaat jam 8.00 malam di Hotel New York, Johor Bahru.
Untuk keterangan lanjut berkenaan majlis konvokesyen anda boleh menghubungi 07-235 8034/35 dan majlis Malam Pra Graduan di talian 07-241 9925.

0 ulasan

Isnin, 20 September 2010

Salam Aidilfitri

Isnin, 20 September 2010
Seluruh warga KPYPJ mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.
Semoga bergembira di hari lebaran..


0 ulasan

Selasa, 10 Ogos 2010

Koir Merdeka IHYPJ @ Bandar Johor Bahru

Selasa, 10 Ogos 2010
Pada 9 Ogos 2010 bermula jam 9.00 malam seramai 50 orang pelajar IHYPJ yang diiringi oleh 30 pegawai tertinggi KPYPJ termasuk En. Abdul A'lim Bin Abd. Shukor, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ telah menjalankan acara kegemaran ramai iaitu menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak beramai-ramai di seluruh bandar Johor Bahru malam tadi. Program kali ini tertumpu di Segget Walk, Johor Bahru. Walaupun pada mulanya pengunjung di Segget Walk ini hairan dengan kehadiran pasukan koir ini, akhirnya mereka juga turut terhibur dengan kehadiran pasukan koir ini. Sambil menyanyikan lagu patriotik seperi Satu Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, pasukan ini juga mengedarkan bendera kepada orang ramai. Program ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pasca merdeka. Dengan muncul di khalayak ramai dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tersebut pastinya memberikan kesan kepada pelajar-pelajar ini.



























0 ulasan

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Bertempat di Dewan Besar Kolej Islam Johor, pada 30 Julai yang lalu berlangsungnya satu majlis Serahan Tugas Sempena Pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ di antara Dr. Sa'ari Md. Nooh & En. Abdul 'Alim Bin Abd. Shukor. Majlis dihadiri oleh semua warga kerja KPYPJ seluruh negeri Johor & juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar-pelajar Kolej Islam Johor sendiri.
Dr. Sa'ari yang memulakan tugasnya sebagai Pengarah di Jabatan Pelancongan Negeri Johor pada awal Ogos 2010 nanti merupakan merupakan seorang pemimpin yang amat baik, peramah, mengambil berat kebajikan staf & pelbagai usaha beliau yang telah dilaksanakan untuk memajukan dan menaikkan nama KPYPJ sebagai antara sebuah institusi pendidikan yang cemerlang di selatan tanahair.

Manakala pengganti Dr. Sa'ari, En. Abdul 'Alim B. Abd. Shukor sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor. Beliau akan pula selepas ini akan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan pembangunan fizikal institusi pengajian itu untuk menarik kemasukan lebih ramai lepasan sekolah ke KPYPJ.

Backdrop Dewan oleh Bahagian Korporat
Menandatangani dokumen serah tugas


Antara wakil-wakil kolej, jabatan & bahagian yang menyampaikan cenderamata:


Dari Bahagian Kewangan KPYPJ

Cenderamata dari Bhgn. Akademik
Dari Jabatan Pembagunan Kemahiran

Dari Kolej Komuniti Johor Bahru
Cenderamata dari Tadika Hikmah YPJ

Kenangan untuk rumah baru oleh KK Kota Tinggi

Kenangan dari Bhgn. Bisnes


Yang hilang berganti..


Kredit (gambar): Nizam Sidek


Semoga KPYPJ akan lebih maju, kompetetif dan terunggul di selatan tanahair.

0 ulasan

Selasa, 3 Ogos 2010

Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12

Selasa, 3 Ogos 2010
Pada 31 Julai 2010 yang lalu telah berlangsung Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12 di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru. Program telah dirasmikan oleh Mantan CEO KPYPJ, Dr. Sa'ari Bin Md. Nooh. Sukan tersebut telah disertai oleh 7 cawangan Tadika Hikmah YPJ seluruh Johor termasuk 2 rakan kerjasama (francais) iaitu Tadika Hikmah Kota Masai & Kangkar Pulai.
Rumah-rumah pasukan terdiri daripada:-

Rumah Biru : TH Kota Tinggi
Rumah Ungu : TH Pontian
Rumah Oren : TH Tampoi Utama
Rumah Hijau : TH Muar
Rumah Merah : TH Larkin Jaya
Rumah Kuning : TH Saujana
Rumah Merah Jambu : TH Kangkar Pulai & Kota Masai
Antara sukan-sukan yang dipertandingkan ialah Bolaku Sayang, Cari Harta Karun, Larian Baton, Fruit Puzzle, Telematch berpasukan, Masukkan gelung dalam kon, Padankan nombor dengan bilangan, Padankan perkataan dengan gambar, Mari mengira, Permaisuriku, Jalan-jalan Cari Makan & Mutiara Hati.
Keputusan Akhir:
Juara Keseluruhan : TH Muar (Pasukan Hijau)

Juara Perbarisan : TH Muar (Pasukan Hijau) dengan tema Ketenteraan.

Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan:
Para jemputan & ibubapa
Gerai Biro Wanita HQ Club
Ketua Biro Wanita pening sebab baru jam 9.00 jualan nak habis. Kene tambah ni..
Antara hadiah yang ditawarkan.
Perasmian oleh Dr.Sa'ari Md. Nooh
En.Husaini menyampaikan cenderahati kepada Dr. Sa'ari Md. Nooh
Ni dia juara keseluruhan & juga perbarisan dengan temanya "Ketenteraan"
Juara Perbarisan
Kredit (Gambar) : Erin

0 ulasan

Isnin, 2 Ogos 2010

Malam Aspresiasi CEO KPYPJ

Isnin, 2 Ogos 2010
Pada 27 Julai 2010 yang lalu bertempat di Pulai Springs Resort, Johor Bahru telah berlangsung Majlis Aspresiasi Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Sa'ari Bin Md. Nooh sempena pertukaran beliau ke Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor berkuatkuasa 02 Ogos 2010. Majlis diadakan bertujuan memperingati dan menghargai segala jasa yang telah dicurahkan & kenangan-kenangan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di KPYPJ. Beliau adalah di antara CEO yang paling lama menerajui KPYPJ iaitu selama 3 tahun setengah. Antara gambar-gambar kenangan di majlis tersebut:

Ketibaan CEO KPYPJ, Dr. Sa'ari Bin Md. Nooh

Dr. Sa'ari bersama CEO baru KPYPJ, En. Abdul 'Alim Bin Abd. Shukor

Ucapan Dr. Sa'ari Bin Md. Noh



Antara pihak pengurusan & staf yang hadir

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengurus Besar, En. Sa'dullah Mohidin
Gambar kenangan CEO baru & lama bersama staf yang hadir


Kredit (Gambar) : Nizam Sidek

0 ulasan

Selasa, 27 Julai 2010

Seminar Pengurusan Organisasi IPT Zon Selatan

Selasa, 27 Julai 2010

Kredit: Kaff


0 ulasan

Perginya Seorang Profesor Rimba..

Telah genap sebulan En. Awi Bin Mabot meninggalkan kita semua. Beliau yang diberi gelaran Profesor Rimba merupakan salah seorang jurulatih di Pusat Kecemerlangan & Perkembangan Insan (PKPI), Mersing. Pakar di dalam ilmu perhutanan, flora & fauna.
Beliau yang berasal dari sebuah perkampungan asli di Mersing adalah berketurunan orang Melayu asli (Jakun) telah meninggal dunia pada 27 Jun 2010 yang lalu akibat kemalangan di kawasan berhampiran Ladang Hijau, Kluang.
Seluruh warga kerja KPYPJ amat merasai pemergian beliau dan masih tidak boleh dilupakan. Terlalu banyak jasa beliau yang telah dicurahkan.

Sila klik di sini untuk cerita lanjut. (Kredit kepada: Reds)

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails