Pengikut

Rabu, 27 Mei 2009

PESAYA 2009 Pahang Akan Tiba...

Rabu, 27 Mei 2009
Tinggal beberapa hari lagi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia akan berlangsung. Semoga semua staf KPYPJ yang mewakili Yayasan Pelajaran Johor akan berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama Johor.

Pelawat boleh mengikuti perkembangan PESAYA 2009 yang bermula dari 31 Mei hingga 6 Jun ini menerusi Info Pesaya diruang kanan blog ini atau terus melawati Blog Pesaya Ke-10 : Pahang 2009. Majulah sukan untuk negara!

0 ulasan

Rabu, 20 Mei 2009

Kursus Bina Pasukan YPJ, PESAYA 2009, Sekakap Mersing

Rabu, 20 Mei 2009
Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di muara Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap Mersing. Ia bertujuan membangkitkan satu semangat berpasukan diantara staf Yayasan Pelajaran Johor dalam mengharungi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) di Kuantan, 31 Mei hingga 6 Jun nanti.

Staf KPYPJ antara yang terlibat telah melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, abseling, merentas halangan, sukan air, berkayak, sukaneka, bbq dan motivasi sukan. Selain itu kursus ini juga disertai oleh staf-staf dari YPJ Jalan Nuri, YPJ Holdings & YPJ Plantations serta anak-anak syarikat YPJ yang lain.

Pak Abas, antara jurulatih PKPI yang terlibat dalam kursus ini...

Antara peserta sedang menjamu selera...

Permandangan Kem Muara PKPI dari view laut...

Pengerusi Kelab YPJ, Tn. Hj. Zainuddin (kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta.

Terima kasih kepada pihak YPJ, PKPI, KPYPJ dan semua yang terlibat dalam perlaksanaan kursus ini. Semoga pasukan YPJ akan berjaya dalam PESAYA akan datang!

0 ulasan

Isnin, 11 Mei 2009

Kemasukan Pelajar Program Sijil & Diploma Sesi Jun/ Julai 09

Isnin, 11 Mei 2009
pengambilanjun09

Sila rujuk jadual diatas untuk melihat tarikh pengambilan pelajar mengikut kolej & program kerjasama.

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails