Pengikut

Rabu, 22 Disember 2010

Terima Kasih Atas Semua Kerjasama

Rabu, 22 Disember 2010


0 ulasan

Isnin, 13 Disember 2010

Majlis Pecah Tanah Kampus Induk KPYPJ

Isnin, 13 Disember 2010

JOHOR BAHRU 11 Dis. Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Kampus Induk Kumpulan Pendidikan YPJ di KM 16 Jalan Kulai-Kota Tinggi sempena lawatan kerjanya ke kawasan Parlimen Tenggara.

Majlis yang menyaksikan kampus induk yang bernilai RM52.6 juta akan dibina di tanah seluas 100 ekar milik YPJ Holdings melalui 2 fasa pembangunan di mana fasa pertama dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.

Apabila siap, kampus KPYPJ akan dilengkapi dengan kemudahan seperti IPTA/IPTS yang lain seperti dewan kuliah, dewan senat, dewan serbaguna, studio, kafeteria serta kemudahan riadah untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti ko-kurikulum.

Kampus yang boleh memuatkan 2,500 orang pelajar ini juga bakal dilengkapi kemudahan sebuah hotel yang akan dikendalikan Jabatan Kulinari & Perhotelan KPYPJ bagi tujuan operasi dan juga latihan pelajar-pelajar program berkenaan.

Konsep pembangunan berteraskan integrasi dan Day Night Atrium yang menghimpunkan elemen pembelajaran, riadah dan santai mampu menghidupkan suasana keceriaan kampus siang dan malam khususnya kepada para pelajar.

Rekabentuk kampus yang berteraskan sehelai daun dengan kedudukannya menghadap kiblat menambahkan lagi keunikan dan keterampilan kampus ini di mana secara perlambangannya, sehelai daun akan bercambah melalui ranting dan dahan, begitulah juga dengan kampus KPYPJ yang akan turut berkembang.

Tahniah!


Lihat lagi gambar-gambar @ http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=42901&id=169175226444274 . Kredit: mohdlokmanphotography @ Facebook


0 ulasan

Khamis, 9 Disember 2010

Jawatan Kosong di KPYPJ

Khamis, 9 Disember 2010
PENSYARAH

Tawaran kekosongan dalam bidang Akademik seperti berikut:

1. Pengurusan Perhotelan
2. Pengurusan & Penyediaan Makanan (Kulinari)

Syarat Permohonan:

- Ijazah Sarjana/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman mengajar di mana-mana IPTA/IPTS yang diiktiraf.

Cara Memohon:

Hantarkan permohonan & keterangan diri (resume) kepada:

Timbalan Pengurus Besar
Jabatan Pentadbiran, Sumber Manusia & Korporat
Kumpulan Pendidikan YPJ
Aras 2, Wisma YPJ Holdings, No. 5, Jalan Seri Perkasa 1/3
Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor.

(U.P: En. Ahmad Izham)

Tarikh Tutup Permohonan: 21 Disember 2010

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails