Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Isnin, 31 Januari 2011
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina yang menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Kalendar Cina ini terbahagi kepada 12 bulan dan setiap bulan dinamakan dengan nama haiwan. Tahun 2011 ini merupakan Tahun Arnab mengikut kitarannya.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam menentukan nasib dan kehidupan mereka. Sebelum hari Tahun Baru, sanak saudara yang jauh akan kebali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang piutang akan dikutip atau dibayar agar sepanjang tahun baru tidak akan dikelilingi hutang. Mercun akan dibakar pada tangah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau nasib malang. Rumah pula akan dihiasi dengan pokok limau sebagai simbol murah rezeki.


Ia juga akan diraikan dengan hidangan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan hidangan tradisional seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut & limau mandarin. Golongan muda pula akan mengunjungi golongan tua dan akan menerima ang pau dari golongan yang telah berkeluarga menandakan nasib baik. Perarakan tarian naga dan singa juga biasanya diadakan dengan kereta berhias dan diiringi dengan bunyi gendang.


Hari ke lima belas pula akan diadakan perayaan Chap Goh Mei bagi menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.


Makna Tahun Arnab :-

Bermakna diplomasi & pemujukan. Tahun baik bagi memperanakkan. Tahun baik juga bagi kejayaan dalam bidg perubatan & jamu.


Manfaat Tahun Baru Cina Menurut Mohd Ridhuan Tee :-


Kepada seluruh kaum Cina terutamanya pelajar & juga staf, pihak KPYPJ mengucapkan Gong Xi Fa Chai.

0 ulasan

Jumaat, 28 Januari 2011

Salam Jumaat...

Jumaat, 28 Januari 2011
Salam Jumaat yang indah. Semoga segala urusan harian anda menjadi lebih mudah dan mendapat keberkatan olehNya. Selamat bertugas bagi semua warga kerja KPYPJ dan selamat belajar untuk semua pelajar-pelajar juga. Semoga ilmu yang diperolehi hari ini menjadikan kita lebih baik dari hari semalam.

0 ulasan

Jumaat, 14 Januari 2011

Majlis Amanat Tahun Baru 2011 & Anugerah Khidmat Cemerlang 2010

Jumaat, 14 Januari 2011
Pada 13 Januari 2011, telah berlangsung Majlis Amanat Tahun Baru 2011 & Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 yang diadakan di Sangkar Kristal, LC Katering Johor Bahru. Slot Anugerah Khidmat Cemerlang julung kali diadakan sejak KPYPJ ditubuhkan 15 tahun lalu. Di dalam majlis ini juga baju korporat KPYPJ telah diperagakan.

Berikut gambar-gambar & senarai penerima anugerah :
Sila klik gambar untuk lebih jelas.
Amanat Tahun Baru 2011 oleh CEO.

Sijil-sijil dan jam untuk penerima anugerah.



Jam tangan untuk penerima Anugerah Setia.


Penerima-penerima anugerah bersama pihak pengurusan tertinggi KPYPJ.


Baju Korporat yang akan dipakai oleh semua wargakerja KPYPJ.

Tahniah kepada semua penerima anugerah & selamat menjalankan tugas dengan
lebih cemerlang ke arah kampus baru KPYPJ.


0 ulasan

Isnin, 3 Januari 2011

Selamat Datang 2011

Isnin, 3 Januari 2011
Tahun 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya. KPYPJ mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga kerja dan tidak lupa juga kepada para pelajar sama ada yang senior atau pun yang akan menjejakkan kaki ke institusi ini.
Semoga kita menjadi lebih bersemangat untuk sama-sama membangunkan, memajukan & mengharumkan institusi ini seiring dengan institusi-institusi pendidikan yang lain.
Semangat baru ke arah kampus induk KPYPJ..



0 ulasan
Related Posts with Thumbnails