Majlis yang menyaksikan kampus induk yang bernilai RM52.6 juta akan dibina di tanah seluas 100 ekar milik YPJ Holdings melalui 2 fasa pembangunan di mana fasa pertama dijangka siap dalam tempoh 2 tahun.
Apabila siap, kampus KPYPJ akan dilengkapi dengan kemudahan seperti IPTA/IPTS yang lain seperti dewan kuliah, dewan senat, dewan serbaguna, studio, kafeteria serta kemudahan riadah untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti ko-kurikulum.
Kampus yang boleh memuatkan 2,500 orang pelajar ini juga bakal dilengkapi kemudahan sebuah hotel yang akan dikendalikan Jabatan Kulinari & Perhotelan KPYPJ bagi tujuan operasi dan juga latihan pelajar-pelajar program berkenaan.
Konsep pembangunan berteraskan integrasi dan Day Night Atrium yang menghimpunkan elemen pembelajaran, riadah dan santai mampu menghidupkan suasana keceriaan kampus siang dan malam khususnya kepada para pelajar.
Rekabentuk kampus yang berteraskan sehelai daun dengan kedudukannya menghadap kiblat menambahkan lagi keunikan dan keterampilan kampus ini di mana secara perlambangannya, sehelai daun akan bercambah melalui ranting dan dahan, begitulah juga dengan kampus KPYPJ yang akan turut berkembang.
Tahniah!
Lihat lagi gambar-gambar @ http://www.facebook.com/#!/album.php?aid=42901&id=169175226444274 . Kredit: mohdlokmanphotography @ Facebook
0 ulasan:
Catat Ulasan