JOHOR BAHRU 24 OKt._ Hampir seribu orang termasuk warga kerja dan anak syarikat Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) yang diadakan di Banglo Casa Damai, Taman Tampoi Utama di sini Rabu lalu.
Turut mengunjungi, pengurusan institusi-institusi pengajian tinggi yang menjadi rakan kerjasama KPYPJ selain pembekal dan ahli-ahli lembaga penasihat industri KPYPJ. Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md Nooh menyambut kedatangan para pengunjung yang turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh tenaga-tenaga pengajar kolej-kolej KPYPJ. Majlis rumah terbuka itu turut diceriakan dengan kehadiran rombongan dan penerbit Teater Muzikal Ibu Zain diketuai Siti Rohayah Atan serta para pelajar Tadika Hikmah YPJ Taman Tampoi Utama.
Dr. Sa'ari ketika ditemui berkata, majlis itu diadakan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama kakitangan KPYPJ selain memberi peluang kepada mereka yang bertugas di kolej-kolej KPYPJ dari seluruh Negeri Johor bertemu sambil bermaaf-maafan antara satu sama lain sempena bulan Syawal ini. Turut hadir ke majlis rumah terbuka itu ialah Pengurus Besar YPJ, Mohamad Karim.
Klik DISINI untuk gambar-gambar yang lain.
0 ulasan:
Catat Ulasan