Pengikut

Isnin, 16 Mei 2011

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran 6 Mei 2011

Isnin, 16 Mei 2011






Pada 6 Mei yang lalu, satu kejadian kebakaran telah membabitkan salah seorang staf Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat, En. Syaifulnizam Md Sah. Kejadian yang berlaku jam 3 petang di Senggarang, Batu Pahat tersebut menyebabkan rumah beliau hangus dan tinggal sehelai sepinggang.


Pihak pengurusan KPYPJ dan juga IHYPJ telah menziarahi beliau di rumah neneknya di Senggarang dan menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang dan juga beberapa peralatan rumah.


Jika ada sesiapa yang ingin menyampaikan sebarang sumbangan lagi bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi beliau di talian 07-433 4351 atau berjumpa beliau sendiri di Kolej Komuniti YPJ Batu Pahat.

0 ulasan

Rabu, 11 Mei 2011

Minggu Sains, Teknologi Dan Inovasi 2011

Rabu, 11 Mei 2011




0 ulasan

Rabu, 2 Mac 2011

Serahan Zakat Kepada Pelajar KPYPJ

Rabu, 2 Mac 2011
Pada 25 Februari yang lalu seramai sembilan pelajar miskin KPYPJ telah menerima bantuan zakat Bank Islam (M) Berhad (BIMB) sebanyak RM5000.00. Timb. Pengurus Besar (Akademik & Pembangunan Bisnes) KPYPJ, Abdul Razak Bin Saad telah menyampaikan bantuan zakat tersebut sebanyak RM555.55 setiap orang pelajar. Majlis tersebut diadakan sejurus selepas Program Membudayan Quran yang diadakan setiap hari Jumaat.

Pelajar-pelajar yang terpilih adalah seperti berikut:

Hamidah Abu Yamin
Muhamad Syafiq Karim
Norhidayah Hashim Wong
Mediayati Nurman
Nur Liyana Zahari
Mohd Hasry Bin Mat Sim
Mohd Fadhil Mohamad Risffian
Hamizah Mohamad Fuad
Siti Salina Shamsuddin
Pelajar yang dipilih ini adalah di kalangan pelajar miskin yang merupakan anak yatim, mempunyai adik beradik yang ramai, bapa bekerja sebagai buruh kasar dan yang penting adalah minat belajar yang tinggi.

Setinggi terima kasih diucapkan kepada BIMB di atas sumbangan tersebut. Semoga BIMB akan menjadi contoh kepada sektor korporat yang lain.

Sekitar majlis tersebut:
Ucapan aluan oleh En. Omar (Pengarah HEP)
Antara staf lelaki KPYPJ
Antara staf wanita KPYPJ
Jamuan minum pagi bersama wakil media (NST)

0 ulasan

Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Isnin, 31 Januari 2011
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina yang menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Kalendar Cina ini terbahagi kepada 12 bulan dan setiap bulan dinamakan dengan nama haiwan. Tahun 2011 ini merupakan Tahun Arnab mengikut kitarannya.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam menentukan nasib dan kehidupan mereka. Sebelum hari Tahun Baru, sanak saudara yang jauh akan kebali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang piutang akan dikutip atau dibayar agar sepanjang tahun baru tidak akan dikelilingi hutang. Mercun akan dibakar pada tangah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau nasib malang. Rumah pula akan dihiasi dengan pokok limau sebagai simbol murah rezeki.


Ia juga akan diraikan dengan hidangan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan hidangan tradisional seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut & limau mandarin. Golongan muda pula akan mengunjungi golongan tua dan akan menerima ang pau dari golongan yang telah berkeluarga menandakan nasib baik. Perarakan tarian naga dan singa juga biasanya diadakan dengan kereta berhias dan diiringi dengan bunyi gendang.


Hari ke lima belas pula akan diadakan perayaan Chap Goh Mei bagi menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.


Makna Tahun Arnab :-

Bermakna diplomasi & pemujukan. Tahun baik bagi memperanakkan. Tahun baik juga bagi kejayaan dalam bidg perubatan & jamu.


Manfaat Tahun Baru Cina Menurut Mohd Ridhuan Tee :-


Kepada seluruh kaum Cina terutamanya pelajar & juga staf, pihak KPYPJ mengucapkan Gong Xi Fa Chai.

0 ulasan

Jumaat, 28 Januari 2011

Salam Jumaat...

Jumaat, 28 Januari 2011
Salam Jumaat yang indah. Semoga segala urusan harian anda menjadi lebih mudah dan mendapat keberkatan olehNya. Selamat bertugas bagi semua warga kerja KPYPJ dan selamat belajar untuk semua pelajar-pelajar juga. Semoga ilmu yang diperolehi hari ini menjadikan kita lebih baik dari hari semalam.

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails