Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ kali ke-11 akan diadakan pada 5 Julai ini. Sukan ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Jalan Bukit Mutiara, Johor Bahru bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti perbarisan, senamrobik & acara sukan. Sukan tahunan ini bakal dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md Nooh dan akan disertai oleh 6 buah Tadika Hikmah YPJ seluruh negeri Johor.
Pengikut
Khamis, 2 Julai 2009
Sukan Tahunan Tadika Hikmah Hujung Minggu Ini!
Dicatat oleh KP ADMIN di 8:26 PG Khamis, 2 Julai 2009Label: Acara Rasmi 0 ulasan
Isnin, 15 Jun 2009
KPYPJ Bersama Media Di PKPI
Dicatat oleh KP ADMIN di 9:19 PG Isnin, 15 Jun 2009Program 2 hari 1 malam ini telah diadakan pada 10 & 11 Jun yang lepas. Program ini bertujuan untuk meraikan para Media dan memberi pendedahan kepada mereka mengenai KPYPJ. Ia telah disertai oleh 20 orang wakil media dari pelbagai bahagian seperti RTM, Berita Harian, Kosmo dan sebagainya. Pelbagai aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang program tersebut seperti pertandingan Air-Soft, berakit, flying fox & jungle trekking.
Label: Acara Rasmi 0 ulasan
Rabu, 27 Mei 2009
PESAYA 2009 Pahang Akan Tiba...
Dicatat oleh KP ADMIN di 4:08 PTG Rabu, 27 Mei 2009Tinggal beberapa hari lagi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia akan berlangsung. Semoga semua staf KPYPJ yang mewakili Yayasan Pelajaran Johor akan berjuang habis-habisan untuk mengharumkan nama Johor.
Pelawat boleh mengikuti perkembangan PESAYA 2009 yang bermula dari 31 Mei hingga 6 Jun ini menerusi Info Pesaya diruang kanan blog ini atau terus melawati Blog Pesaya Ke-10 : Pahang 2009. Majulah sukan untuk negara!
Pelawat boleh mengikuti perkembangan PESAYA 2009 yang bermula dari 31 Mei hingga 6 Jun ini menerusi Info Pesaya diruang kanan blog ini atau terus melawati Blog Pesaya Ke-10 : Pahang 2009. Majulah sukan untuk negara!
Label: Sukan 0 ulasan
Rabu, 20 Mei 2009
Kursus Bina Pasukan YPJ, PESAYA 2009, Sekakap Mersing
Dicatat oleh KP ADMIN di 10:38 PG Rabu, 20 Mei 2009Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di muara Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap Mersing. Ia bertujuan membangkitkan satu semangat berpasukan diantara staf Yayasan Pelajaran Johor dalam mengharungi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) di Kuantan, 31 Mei hingga 6 Jun nanti.
Staf KPYPJ antara yang terlibat telah melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, abseling, merentas halangan, sukan air, berkayak, sukaneka, bbq dan motivasi sukan. Selain itu kursus ini juga disertai oleh staf-staf dari YPJ Jalan Nuri, YPJ Holdings & YPJ Plantations serta anak-anak syarikat YPJ yang lain.
Terima kasih kepada pihak YPJ, PKPI, KPYPJ dan semua yang terlibat dalam perlaksanaan kursus ini. Semoga pasukan YPJ akan berjaya dalam PESAYA akan datang!
Label: Acara Rasmi, PESAYA, Sukan 0 ulasan
Isnin, 11 Mei 2009
Kemasukan Pelajar Program Sijil & Diploma Sesi Jun/ Julai 09
Dicatat oleh KP ADMIN di 2:46 PTG Isnin, 11 Mei 2009Sila rujuk jadual diatas untuk melihat tarikh pengambilan pelajar mengikut kolej & program kerjasama.
Label: Pengambilan 0 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)
