Pengikut

Jumaat, 19 Ogos 2011

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Ibupejabat KPYPJ

Jumaat, 19 Ogos 2011

Pada pagi Jumaat ini, 19 Ogos 2011 telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Ibupejabat KPYPJ. Majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Korporat ini telah dihadiri oleh semua staf Pentadbiran, Kew

angan, Pembangunan Bisnes (BLKR, Cetak, Katering & Tadika Hikmah), Kemahiran & HEP.

Majlis ini dipimpin oleh Ustaz Norhamizi Bin Yaacob dan diiringi oleh Ustaz Zulkarnain, En. Halim Hamid, En. Naam Parlan, En. Rosli Khamis, En. Firdaus, En. Salleh & En. Husaini Mokhlas.

Alhamdulillah, pada majlis kali ini semua yang hadir menerima buah tangan berupa kain pelikat, 'table runner' & bunga telur (telur masin) yang disumbangkan oleh seorang hamba Allah di kalangan warga kerja KPYPJ. Terima kasih diucapkan dan semoga Allah murahkan lagi rezeki beliau.


Sekian.


0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails