Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Isnin, 31 Januari 2011
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina yang menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Kalendar Cina ini terbahagi kepada 12 bulan dan setiap bulan dinamakan dengan nama haiwan. Tahun 2011 ini merupakan Tahun Arnab mengikut kitarannya.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam menentukan nasib dan kehidupan mereka. Sebelum hari Tahun Baru, sanak saudara yang jauh akan kebali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang piutang akan dikutip atau dibayar agar sepanjang tahun baru tidak akan dikelilingi hutang. Mercun akan dibakar pada tangah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan menghalau nasib malang. Rumah pula akan dihiasi dengan pokok limau sebagai simbol murah rezeki.


Ia juga akan diraikan dengan hidangan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan hidangan tradisional seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut & limau mandarin. Golongan muda pula akan mengunjungi golongan tua dan akan menerima ang pau dari golongan yang telah berkeluarga menandakan nasib baik. Perarakan tarian naga dan singa juga biasanya diadakan dengan kereta berhias dan diiringi dengan bunyi gendang.


Hari ke lima belas pula akan diadakan perayaan Chap Goh Mei bagi menandakan tamatnya perayaan Tahun Baru Cina.


Makna Tahun Arnab :-

Bermakna diplomasi & pemujukan. Tahun baik bagi memperanakkan. Tahun baik juga bagi kejayaan dalam bidg perubatan & jamu.


Manfaat Tahun Baru Cina Menurut Mohd Ridhuan Tee :-


Kepada seluruh kaum Cina terutamanya pelajar & juga staf, pihak KPYPJ mengucapkan Gong Xi Fa Chai.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails