Pengikut

Selasa, 3 Ogos 2010

Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12

Selasa, 3 Ogos 2010
Pada 31 Julai 2010 yang lalu telah berlangsung Sukan Tahunan Tadika Hikmah YPJ Kali Ke-12 di Kompleks Sukan Nusa Mutiara, Johor Bahru. Program telah dirasmikan oleh Mantan CEO KPYPJ, Dr. Sa'ari Bin Md. Nooh. Sukan tersebut telah disertai oleh 7 cawangan Tadika Hikmah YPJ seluruh Johor termasuk 2 rakan kerjasama (francais) iaitu Tadika Hikmah Kota Masai & Kangkar Pulai.
Rumah-rumah pasukan terdiri daripada:-

Rumah Biru : TH Kota Tinggi
Rumah Ungu : TH Pontian
Rumah Oren : TH Tampoi Utama
Rumah Hijau : TH Muar
Rumah Merah : TH Larkin Jaya
Rumah Kuning : TH Saujana
Rumah Merah Jambu : TH Kangkar Pulai & Kota Masai
Antara sukan-sukan yang dipertandingkan ialah Bolaku Sayang, Cari Harta Karun, Larian Baton, Fruit Puzzle, Telematch berpasukan, Masukkan gelung dalam kon, Padankan nombor dengan bilangan, Padankan perkataan dengan gambar, Mari mengira, Permaisuriku, Jalan-jalan Cari Makan & Mutiara Hati.
Keputusan Akhir:
Juara Keseluruhan : TH Muar (Pasukan Hijau)

Juara Perbarisan : TH Muar (Pasukan Hijau) dengan tema Ketenteraan.

Antara gambar-gambar yang sempat diabadikan:
Para jemputan & ibubapa
Gerai Biro Wanita HQ Club
Ketua Biro Wanita pening sebab baru jam 9.00 jualan nak habis. Kene tambah ni..
Antara hadiah yang ditawarkan.
Perasmian oleh Dr.Sa'ari Md. Nooh
En.Husaini menyampaikan cenderahati kepada Dr. Sa'ari Md. Nooh
Ni dia juara keseluruhan & juga perbarisan dengan temanya "Ketenteraan"
Juara Perbarisan
Kredit (Gambar) : Erin

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails