Pengikut

Selasa, 10 Ogos 2010

Koir Merdeka IHYPJ @ Bandar Johor Bahru

Selasa, 10 Ogos 2010
Pada 9 Ogos 2010 bermula jam 9.00 malam seramai 50 orang pelajar IHYPJ yang diiringi oleh 30 pegawai tertinggi KPYPJ termasuk En. Abdul A'lim Bin Abd. Shukor, Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ telah menjalankan acara kegemaran ramai iaitu menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil berarak beramai-ramai di seluruh bandar Johor Bahru malam tadi. Program kali ini tertumpu di Segget Walk, Johor Bahru. Walaupun pada mulanya pengunjung di Segget Walk ini hairan dengan kehadiran pasukan koir ini, akhirnya mereka juga turut terhibur dengan kehadiran pasukan koir ini. Sambil menyanyikan lagu patriotik seperi Satu Malaysia, Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia, pasukan ini juga mengedarkan bendera kepada orang ramai. Program ini adalah untuk menyemai semangat cintakan negara kepada generasi pasca merdeka. Dengan muncul di khalayak ramai dan menyanyikan lagu-lagu patriotik tersebut pastinya memberikan kesan kepada pelajar-pelajar ini.



























0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails