Pengikut

Rabu, 20 Mei 2009

Kursus Bina Pasukan YPJ, PESAYA 2009, Sekakap Mersing

Rabu, 20 Mei 2009
Kursus ini berlangsung selama 3 hari 2 malam di muara Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan (PKPI), Sekakap Mersing. Ia bertujuan membangkitkan satu semangat berpasukan diantara staf Yayasan Pelajaran Johor dalam mengharungi Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) di Kuantan, 31 Mei hingga 6 Jun nanti.

Staf KPYPJ antara yang terlibat telah melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, abseling, merentas halangan, sukan air, berkayak, sukaneka, bbq dan motivasi sukan. Selain itu kursus ini juga disertai oleh staf-staf dari YPJ Jalan Nuri, YPJ Holdings & YPJ Plantations serta anak-anak syarikat YPJ yang lain.

Pak Abas, antara jurulatih PKPI yang terlibat dalam kursus ini...

Antara peserta sedang menjamu selera...

Permandangan Kem Muara PKPI dari view laut...

Pengerusi Kelab YPJ, Tn. Hj. Zainuddin (kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta.

Terima kasih kepada pihak YPJ, PKPI, KPYPJ dan semua yang terlibat dalam perlaksanaan kursus ini. Semoga pasukan YPJ akan berjaya dalam PESAYA akan datang!

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails