Pengikut

Khamis, 16 April 2009

X-plore Day IHYPJ Meriah!

Khamis, 16 April 2009
Dr. Sa'ari (tiga dari kanan) menerima minuman dari peserta gerai Xplore Day.

Pada 9 April yang lalu, Institut Hospitaliti YPJ (IHYPJ) telah menganjurkan X-plore Day di dataran IHYPj, Johor Bahru. Majlis telah berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti dijalankan seperti pertunjukan ukiran ais, pertandingan teh tarik, pameran booth dan jualan-jualan oleh agensi-agensi jemputan. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md Nooh dan dihadiri oleh pelajar-pelajar sekolah seluruh Johor Bahru dan juga pontian.

Gambar-gambar lain X-plore Day IHYPJ boleh dilihat DISINI

1 ulasan

Isnin, 6 April 2009

Pertandingan Futsal Tertutup KPYPJ 2009

Isnin, 6 April 2009
Pada Sabtu, 4 April 2009 telah berlangsung satu pertandingan yang diadakan setiap tahun iaitu futsal tertutup KPYPJ. Pertandingan ini adalah anjuran Biro Sukan HQ Club KPYPJ yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Sky Sport Centre, Johor Bahru. Pertandingan ini lebih kepada merapatkan ukhwah antara staf-staf KPYPJ disamping beriadah bersama-sama.

Sebelum ini pertandingan hanya berlangsung dalam kategori lelaki & dibahagikan hanya dalam bahagian-bahagian/ unit di HQ KPYPJ sahaja, namun kali ini kategori perempuan telah diperkenalkan dan turut menjemput kolej-kolej KPYPJ dalam kawasan Johor Bahru. Pertandingan berlangsung dalam suasana yang sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga staf yang memberi sokongan.

Mengatur strategi

Bersemangat!

Pasukan juara perempuan - KIJ/KKJB

Aksi perlawanan

Juara lelaki - ITP/ IH
Gambar oleh : Abdul Kafi Tarinan

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan tempohari;

LELAKI
1) ITP/ IH
2) Kolej Komuniti
3) Jabatan Pengurusan & Korporat

PEREMPUAN
1) KIJ/ KKJB
2) Jabatan Akademik & HEP
3) Jabatan Pengurusan & Korporat

Tahniah kepada pemenang & semua pasukan yang bertanding!

0 ulasan

Khamis, 2 April 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H KPYPJ

Khamis, 2 April 2009
Pada Jumaat, 27 Mac 2009, KPYPJ telah mengadakan sambutan maulidur rasul bersama-sama staf dan pelajar-pelajar KPYPJ di Kolej Islam Johor, Johor Bahru. Sambutan dimulakan dengan perarakan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W dan dari dataran Kolej Komuniti Johor bahru hingga ke Kolej Islam Johor.

KPYPJ telah menjemput penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz yang berasal dari Sabah telah menyentuh isu semasa remaja masa kini. Acara turut diselangi nyayian nasyid & berzanji oleh staf & pelajar KPYPJ.

Berselawat keatas Nabi

Berzanji...

Antara tetamu yang hadir

Ucapan aluan oleh CEO

Cenderahati kepada penceramah
*Gambar oleh Harris Fadzilah

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati & jamuan nasi beriani gam yang dihidangkan dengan dulang. Dianggarkan 500 tetamu telah hadir pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pengurusan & Korporat KPYPJ tersebut.

0 ulasan
Related Posts with Thumbnails