Pengikut

Selasa, 20 Januari 2009

Sambutan Maal Hijrah 1430H KPYPJ, 16 Januari 2009

Selasa, 20 Januari 2009
Majlis ini berlangsung di Dewan Kolej Islam Johor, Ungku Mohsin yang dihadiri oleh staf-staf & pelajar KPYPJ. Majlis ini adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPYPJ dengan membawa tema 'Menjana Ummah Gemilang'.


KPYPJ telah menjemput penceramah dari UTM iaitu Dr. Arieff Salleh bin Rosman bagi menyampaikan ceramah beliau kepada Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari bin Md Nooh, pengarah-pengarah & semua tetamu.


Selain ceramah, majlis ini turut diserikan dengan nasyid oleh pelajar Kolej Islam Johor dan juga pelancaran 'Tabung Kemanusiaan Gaza' dimana hasil kutipan dari tabung ini akan disalurkan kepada mangsa perang di Palestin.

Antara staf yang memberikan sumbangan ke 'Tabung Kemanusiaan Gaza'

Gambar oleh : Bahagian Hal Ehwal Pelajar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ayie iskandar
axl_life89@hotmail.com
adoi.. sket nyer gambar..
xder lg ker gmbar time ni?/??
muke i xder pun...

Related Posts with Thumbnails