Pengikut

Jumaat, 30 Januari 2009

Pertandingan Mencipta Logo KPYPJ

Jumaat, 30 Januari 2009
KPYPJ yang kini sedang menuju ke arah Kampus Induk bagi membolehkan KPYPJ mempunyai identitinya sendiri tanpa bergantung kepada lambang Yayasan Pelajaran Johor lagi, semua warga KPYPJ terdiri daripada staf dan pelajar adalah dipelawa untuk mencipta Logo rasmi KPYPJ.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua staf dan pelajar kolej-kolej di bawah KPYPJ kecuali Ahli Jawatankuasa Pertandingan Logo Rasmi KPYPJ dan Panel Penilai.

2. Pertandingan. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu / berkumpulan(tidak lebih dari 2 orang).

3. Penciptaan logo adalah selaras dengan slogan KPYPJ Akademik Cemerlang Sahsiah Terpuji. Walau bagaimanapun peserta bebas mengemukakan konsep, warna dan identiti yang dirasakan sesuai dengan KPYPJ.

4. Penghasilan logo yang dikemukakan perlu disertakan dengan penerangan yang jelas, ringkas dan tepat.

5. Idea / kreativiti penciptaan logo adalah asli (original), bukan ciptaan ciplak /tiruan. Penganjur berhak menarikbalik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.

6. Penciptaan logo dikemukakan menggunakan kertas bersaiz A4. Penciptaan logo perlu menggunakan tidak lebih dari tiga (3) warna. Warna ’Royal Blue’ adalah warna wajib bagi logo tersebut.

7. Semua keperluan / peralatan yang diperlukan adalah tanggungjawab peserta.

8. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang kemudahan bagi tujuan ini.

9. Peserta diminta mengemukakan maklumat lengkap mengenai diri / kumpulan (nama, nombor pelajar, Kolej / bahagian / unit serta tarikh penyerahan).

10. Keputusan pengadil adalah muktamad.

11. Semua ciptaan akan menjadi hakmilik penganjur.


HADIAH PEMENANG

Pemenang pertandingan akan diberi hadiah wang tunai bernilai :

Pemenang : RM 1,500.00 & Sijil

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua penyertaan hendaklah dikemukakan sebelum 30 Jun 2009.


PENYERAHAN CIPTAAN

Ciptaan logo perlu dihantarkan kepada :

PENGARAH PEMBANGUNAN KORPORAT KPYPJ

Aras 2 Wisma YPJ Holdings

No. 5 Jalan Seri Perkasa 1/3

Taman Tampoi Utama

81200 Johor Bahru

EMAIL : shahrim_adon@yahoo.com

Sebarang persoalan berbangkit mengenai pertandingan ini, sila rujuk di talian

07-2416161, 07-2416458

PENYERTAAN SEMUA STAF DAN PELAJAR KOLEJ-KOLEJ DI BAWAH KUMPULAN PENDIDIKAN YPJ AMAT DIALU-ALUKAN DAN SEMOGA BERJAYA.......................

DOWNLOAD BORANG PERTANDINGAN DISINI!


0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails