Pengikut

Selasa, 9 September 2008

Pengenalan

Selasa, 9 September 2008
Di bawah kepimpinan Menteri Besar YAB Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman, peranan YPJ diperluaskan dengan menyediakan kemudahan pendidikan tinggi, dimana pada Mac 1996, Ilham Ikhlas Sdn. Bhd. syarikat milik penuh YPJ telah ditubuhkan. Selaras dengan peranan dan perkembangan semasa, pada Jun 1997 nama Ilham Ikhlas telah ditukar kepada Kumpulan Pendidikan YPJ Sdn. Bhd. Bidang perniagaan utama KPYPJ ialah pendidikan tinggi dengan menyediakan program akademik dan kemahiran di kolej-kolej yang ditubuhkan dan di tadbir selaras dengan Akta Institut Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Visi


Untuk menjadi sebuah Institusi pendidikan tinggi yang cemerlang dalam melahirkan tenaga kerja mahir berketrampilan dan berdaya saing demi kesejahteraan sejagat"

Misi

"Membentuk Masyarakat profesional dan teknokrat yang kompeten, berketrampilan, berakhlak dan bertanggungjawab melalui kecemerlangan program pendidikan dan pembangunan sumber manusia berterusan dengan pakatan strategik berteraskan pasaran untuk pembangunan ummah"

Objektif

Kumpulan Pendidikan YPJ di manifestasikan melalui objektif Kumpulan Pendidikan YPJ iaitru meningkatkan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam pelbagai sektor pekerjaan dengan menyediakan peluang kedua pendidikan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang akademik dan kemahiran untuk keperluan negara. Secara spesifik, objektif Kumpulan Pendidikan YPJ ialah :-



- Menyediakan peluang pendidikan berkualiti di peringkat pra-diploma, diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang dengan kerjasama universiti-universiti tempatan dan luar negara;



- Menjalankan program-program kemahiran dan teknikal di peringkat sijil dan diploma dalam bidang-bidang tertentu yang diperlukan oleh industri melalui kerjasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan pihak-pihak lain;



- Menjalankan program-prgram latihan pembangunan sumber manusia berterusan bagi meningkatkan kemahiran, kecekapan dan keupayaan sumber manusia pelbagai sektor termasuk melalui kursus-kursus jangka pendek dalam bidang-bidang tertentu;



- Mewujudkan kemudahan pembelajaran dan latihan terbaik, berkualiti, berkesan lagi kondusif;



- Melahirkan graduan/tenaga kerja yang kompeten, berketrampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.

Motto

Akademik Cemerlang Sahsiah Terpuji


0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails